Anime hebat ini amat popular pada tahun 1990 an. Bermula dengan jalan cerita anime yang memang wajib tonton seminggu sekali, membawa pula kepada permainan perlumbaan kereta mini 4wd dash yonkuro yang melambak di jual di kedai-kedai permainan, pasar malam, kedai runcit & juga kedai buah... hahaahaaa
Pada zaman kegemilangan nya, terlalu sukar untuk menidakan pengaruh nya di kalangan kanak-kanak bahkan orang dewasa pun terjebak sama, inikan pula kanak-kanak. Model-model karekter utama nya menjadi kegilaan golongan fanatik tegar mini 4wd dash yonkuro yang konon nya laju padahal tahap kelajuan model-model standard yang di beli dari kedai semua nya sama.
Jom recap balik karekter-karekter utama anime nie:
Dr kiri: Tankuro, Yonkuro, Shinkurou, Rinko, Pankuro
1st Yonkuro Hinomaru. (yang baju merah pegang kayu)
*Emperor, Super Emperor, Great Emperor, Liberty Emperor, Geo Emperor, Formula Horizon (keta ni lak kalo xclap aku dia guna skali ja. tu pon time last skali.)
2nd Tankuro (yang gemuk)
*Hot Shot Jr, Burning Sun, Neo Burning Sun/Burning Sun, Wild Saurus, Blazing Sun
3rd Shinkurou Minami (sideburn panjang)
Falcon Jr. Custom (6V remodelled car), Shooting Star, Super Shooting Star
4th Pankuro (rambut punk belang)
*Super Dragon Jr, Super Dragon Jr., Cannonball Wail
5th Rinko Sumeragi (satu2 nya watak perempuan)
Hornet Jr., Dancing Doll, Dame the Dancing Doll
Original line up mini 4wd dash yonkuro
Dari kiri: Dancing doll, Burning sun, Canon ball, Emperor, Shooting star
Karekter popular lain:
6th Jimi Kidonen (Inji) - watak jahat
Dash X-proto emperor ZX
*Proto emperor ZX
Pada zaman nya mini 4wd nie di jual dengan harga lebih kurang 10 ringgit Malaysia dari jenama Auldey. Kalau nak beli jenama Tamiya tu memang tak mampu. Harga nya dekat RM100. Tapi kalu dapat pakai... fuhhh, memang belagak habis.
Nilai RM10 memang agak besar pada masa tu, macam cara nak cari duit nak beli benda nie. Sampai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli model idaman, tak makan pun tak pe... huh
Secara am nya boleh di katakan siri anime dash yonkuro dan mini 4wd nie masih lagi segar di kalangan yang pernah merasai aura nya. Jika di lihat dalam blog-blog dan forum-forum, sungguh banyak entri pasal siri anime dash yonkuro. 4wd masih lagi mendapat perhatian penggemar nya, masih banyak terjual di alam-alam maya di seluruh dunia. Aku sungguh bertuah kerana tergolong di kalangan antara mereka semua.
Antara model dash yang pernah aku miliki ialah magnum (kereta per1 di beli), burning sun, emperor, proto emperor ZX (tukar dgn kawan), super emperor, avante, horizon. Antara model yang menjadi fav adalah:
Dash X-Proto emperor ZX
Horizon
Pada umur sekarang memang ada keinginan untuk mencari semula model-model mini 4wd yang pernah ada dalam koleksi dahulu. Mana nak cari sekarang nie, cuba pergi ke kedai Tamiya tengok harga nya. Kalau tak ada RM100 lebih jangan cuba-cuba lah nak nego. Memang mahal. Nak cari jenama Auldey. Memang susah nak jumpa. Ada satu kedai pernah aku jumpa ada jual mini 4wd stok-stok lama dari jenama Auldey, Tamiya & Gokei dengan harga lebih kurang RM10, aksesori nya pun ade jual. Tapi masaalah nya model-model untuk collector tak ada. Kecewa...
Kaer Dash Yonkuro 2012
About Me

- kaer salahuddin
- salam ukhwah. dambakan redhaMu. andai aku 'belok', maka perbetulkan aku...
Monday, April 30, 2012
Dash Yonkuro
Jom layan opening anime hebat ini:
Subscribe to:
Posts (Atom)